Respons New Naratif ke atas Arahan Pembetulan POFMA

Author: New Naratif
Published:

Menteri Undang-Undang Singapura, K Shanmugam, telah mengeluarkan Arahan Pembetulan di bawah Seksyen 11, Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (No. 18 dari 2019) (POFMA) terhadap New Naratif berkaitan Episod 8 The Show bersama PJ Thum: “Bagaimana undang-undang buruk digubal dan disalahgunakan di Singapura (Sebuah kajian kes POFMA)”. Notis Pembetulan itu menyatakan bahawa: “Video ini mengandungi beberapa kenyataan yang salah dan mengelirukan”.

Kami telah mematuhi arahan undang-undang untuk menampilkan Notis Pembetulan di YouTube, Facebook, dan laman web New Naratif, kerana kegagalan untuk mematuhi Arahan ini tanpa alasan yang munasabah adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 15 Akta tersebut. Kami akan menentang arahan itu melalui saluran-saluran yang sesuai.

Walaupun kami tidak bersetuju dengan Arahan Pembetulan itu, kami dengan besar hati menerima dua penjelasan bertulis ini dari Pejabat POFMA:

  1. “POFMA hanya tertakluk kepada pernyataan fakta yang palsu (Seksyen 2 (2) POFMA). Ia tidak tertakluk kepada pendapat.”
  2. “Kritikan yang merupakan pendapat dan bukan pernyataan fakta tidak diliputi di bawah POFMA (Seksyen 2 (2) (a) POFMA). Kritikan berdasarkan fakta sebenar, juga tidak diliputi di bawah POFMA.”

Oleh yang demikian, New Naratif ingin menjelaskan pendapat kami tentang undang-undang POFMA, berdasarkan pemahaman bahawa ianya tidak tertakluk di bawah Arahan POFMA:

  1. Seperti yang dinyatakan di dalam video kami, kami berpendapat bahawa definisi-definisi kepalsuan dan kepentingan awam yang terlalu luas di bawah POFMA membenarkan, secara teori, sebarang kritikan terhadap kerajaan Singapura untuk dianggap palsu.
  2. Walaupun kerajaan telah memberi jaminan bahawa sebarang kritikan diterima di Singapura, kami kesal kami tidak mempercayainya. 
  3. Pada pendapat kami, Arahan Pembetulan POFMA seperti yang telah kami terima adalah sebuah cubaan untuk menakut-nakutkan media bebas dan sebuah penyalahgunaan undang-undang, direka untuk menimbulkan rasa takut dalam kalangan pengkritik kerajaan dan seluruh warganegara, seperti yang telah kami huraikan dalam episod ke-5 “The Show bersama PJ Thum” (“Bagaimana Kerajaan PAP Menyalahgunakan “Kedaulatan Undang-Undang” Untuk Menguasai Singapura”, https://youtu.be/nPfoQyutztk).
  4. Kami mengecam, menurut pendapat kami, undang-undang yang tidak adil dan tidak demokratik dan menyeru agar undang-undang POFMA disemak semula selaras dengan perundingan dengan masyarakat umum.
  5. Adalah pendapat kami bahawa Menteri Undang-Undang dan New Naratif akan mendapat manfaat daripada perbahasan mengenai isu ini. Kami memperbaharui jemputan kami kepada Encik Shanmugan untuk mengadakan perbahasan mengenai kesan undang-undang POFMA terhadap kebebasan bersuara di Singapura.

New Naratif adalah sebuah gerakan untuk demokrasi, kebebasan maklumat, dan kebebasan bersuara di Asia Tenggara. Kami membangunkan sebuah Asia Tenggara yang lebih baik dengan memperkasakan warga Asia Tenggara dengan pengetahuan dan kemahiran yang mereka perlukan untuk menangani cabaran bersama dan mengambil tindakan kolektif. Ketahui lebih lanjut tentang kami di sini dan lihat pengenalan kepada usaha kami di sini. Pada ketika di mana kebebasan bersuara semakin terancam, kami memohon agar anda menyokong gerakan kami dengan menjadi ahli New Naratif atau memberi sumbangan. Kita perlu meraihkan US$75,000 menjelang 30hb Jun 2020 untuk terus bertahan.

Untuk rujukan lebih lanjut mengenai kebebasan bersuara, informasi tentang maklumat yang salah dengan niat jahat, dan kecelikan media di Singapura, sila lihat:

Untuk rujukan lebih lanjut mengenai politik dan penindasan ke atas aktiviti politik yang sah di Singapura, sila lihat:

Penafian: Terjemahan Bahasa Melayu ini hanya untuk tujuan rujukan dan bukan terjemahan sah dari teks Bahasa Inggeris yang asal. Sekiranya terdapat perbezaan takrifan di sini, versi Bahasa Inggeris yang asal akan mengatasinya sebagai versi rasmi.

New Naratif

Now that you're here, we have a favour to ask...

Join our movement for a better Southeast Asia

New Naratif is a movement for democracy, freedom of information, and freedom of speech in Southeast Asia (see our manifesto). Our articles report on issues that are often overlooked or suppressed by the mainstream media in Southeast Asia. We are rely on our members for their support. Every cent of your membership fee goes to supporting our research, journalism, and community organisation activities. Your support enables us to be editorially independent and to conduct hard hitting independent research and journalism. It allows us to give a voice to the powerless and to hold the powerful accountable. Our members are active participants in our movement, helping us to create content and informing us about important issues, which shapes our coverage and content. Join our movement and let us, together, build a better Southeast Asia. Please subscribe to New Naratif—it’s just US$52/year (US$1/week) or US$5/month—and it only takes a minute. If you’d like to learn more, and read more articles, please start here! Thank you!