Hello!

Stay up to date with New Naratif’s latest stories and upcoming events with our weekly newsletter. No spam, just good content.

Agenda Rakyat Malaysia
2022

Perubahan tidak boleh berlaku tanpa orang ramai. Luahkan fikiran anda dan bentukkan masa depan.

Photo by Thilipen Rave Kumar

Kami percaya kepada warga Malaysia

Media arus perdana cenderung membuat liputan mengenai pilihan raya di Malaysia dengan cara yang sangat remeh. Pendekatan ini mengasingkan orang yang ingin mengadakan perbincangan yang sebenar mengenai sebarang isu. Ia melayan rakyat sebagai peserta pasif dalam proses pilihan raya. Rakyat berhak mendapat layanan yang lebih baik.

Sertai Agenda Rakyat dan beritahu kami apakah isu yang anda anggap penting kepada Malaysia?

Bentukkan liputan kami

Memandangkan Pilihan Raya Umum Malaysia semakin hampir, kebimbangan anda boleh membantu menjadi panduan liputan kami. New Naratif akan menghasilkan artikel-artikel yang dibentuk oleh isu-isu ini merentas semua format kami supaya anda boleh membuat keputusan termaklum.

Sertai Kelas Demokrasi kami

Kelas Demokrasi New Naratif adalah ruang untuk menuturkan pandangan anda yang anda mungkin tidak pernah berpeluang untuk suarakan sebelum ini. Sertai perbincangan mengenai isu-isu penting yang dihadapi Malaysia dan libatkan diri secara politik.

Tentukan urutan 5 isu terpenting

Pada Peringkat 2, kami kongsikan isu-isu teratas yang timbul dari kaji selidik kami dan meminta orang di Malaysia untuk memilih dan menentukan urutan 5 isu yang terpenting yang dihadapi negara mereka. Undilah dan bentukkan masa depan!

Pastikan anda kekal maklum

Jemputi rakan-rakan dan keluarga anda untuk menjawab tinjaun awam kami. Jadilah orang pertama yang mengetahui mengenai kelas demokrasi yang akan datang dan terima senarai bacaan yang terpilih sebagai persedian untuk Pilihan Raya Umum akan datang dengan mendaftar untuk surat berita mingguan kami. 

Pada pendapat anda, apakah yang perlu dibincangkan oleh calon-calon ketika mereka bersaing untuk mendapatkan undi anda pada pilihan raya umum akan datang?

Liputan New Naratif di Malaysia mengetengahkan isu-isu yang kurang dilaporkan oleh media arus perdana. Inilah yang dikatakan oleh rakyat Malaysia:

“Bagi rakan sekerja (lelaki) saya yang warganegara Malaysia yang berada di luar negara, semua [anak] mereka ialah warganegara Malaysia. Mereka tidak perlu kembali, mereka tidak perlu membuat pilihan yang telah saya buat. Ia tidak adil.”

“Kebimbangan perubahan iklim telah menyedarkan lebih ramai orang tentang keperluan segera untuk melindungi baki hutan kita untuk mengurangkan kesan kenaikan suhu global.”

Alicia Teoh

Persatuan Hutan Komuniti Shah Alam berjuang menyelamatkan hutan Shah Alam

“Saya terkejut apabila sijil kelahiran saya dipinda kepada ‘bukan warganegara’, tetapi saya terlalu muda untuk memahami situasi itu. Saya ingatkan ia hanya sementara sambil menunggu untuk mendapatkan KP saya.”

Wong Kueng Hui

Dia berjuang untuk mendapatkan kerakyatan di negara kelahirannya—dan menang!

Jadilah sebahagian daripada Agenda Rakyat

New Naratif ialah penawar kepada persoalan lazim “Begitu banyak yang tidak kena dengan dunia, apakah yang boleh saya lakukan?” Kami percaya dunia yang lebih baik adalah mungkin, oleh itu kami menyediakan maklumat yang bukan sahaja membawa perhatian anda kepada masalah yang sedia ada tetapi juga menyatukan orang ramai melalui penglibatan komuniti dan aktiviti penyertaan sivik kami untuk mencari penyelesaian kolektif.

Dengan Agenda Rakyat, kami akan membantu memastikan liputan pilihan raya berfokus kepada isu-isu yang penting kepada anda, warga komuniti kami. Inilah cara Agenda Rakyat Malaysia berfungsi:

Peringkat 1: Jawab Soal Selidik

Kami akan menggunakan platform kaji selidik profesional untuk bertanya kepada 1,200 orang di Malaysia: Pada pendapat anda, apakah isu yang anda anggap penting kepada negara anda? Pada pendapat anda, apakah yang patut dibincangkan calon-calon apabila mereka bersaing untuk mendapatkan undi anda pada pilihan raya umum akan datang dan yang seterusnya? Dengan menggunakan platform ini, ia bermakna kami akan mendapatkan sampel perwakilan secara statistik di seluruh Malaysia yang menggambarkan kepelbagaiannya dengan tepat.

Pada masa yang sama, kami juga ingin mendengar daripada komuniti New Naratif kami. Kami akan menjemput anda untuk menjawab soalan sama melalui kaji selidik awam.

Kemudian kami akan, secara berasingan, menganalisis dan mengeluarkan senarai respons-respons daripada kedua-dua kumpulan (sampel kaji selidik profesional dan komuniti awam).

Peringkat 2: Tentukan Urutan Isu-Isu Terpenting

Kami berkongsi isu-isu teratas yang timbul dari kaji selidik kami dan meminta orang dari kedua-dua kumpulan untuk memilih dan menentukan urutan 5 isu yang terpenting yang dihadapi Malaysia.

Peringkat 3: Fahami Isu-Isu

Kami menerbitkan penemuan kami dari kedua-dua kaji selidik. Kami juga menauliahkan dan menghasilkan artikel-artikel, audio siar, dan penerangan untuk membantu orang ramai memahami isu-isu ini dengan lebih mendalam.

Peringkat 4: Sertai Kelas Demokrasi

Kami menggunakan penemuan dan sumber-sumber kami untuk mencipta siri Kelas Demokrasi untuk mendidik dan memperkasa komuniti kami untuk mengambil tindakan untuk pilihan raya akan datang.

Agenda Rakyat New Naratif dilancarkan pada tahun 2019 sebagai respons kepada persoalan berikut: “Bagaimanakah mereka yang tidak pernah berpeluang untuk berbicara secara langsung dengan calon-calon dan pemimpin-pemimpin parti memastikan kebimbangan mereka termasuk dalam agenda?” Kami menerima lebih daripada 400 respons dari rakyat Singapura dan kami meringkaskannya ke dalam senarai 28 isu-isu terpenting yang dihadapi Singapura. Hampir 800 orang kemudiannya memilih 5 Isu Teratas. Kami menauliahkan artikel-artikel yang dibentuk oleh isu-isu ini merentas semua format kami. Sebelum Pilihan Raya Umum Singapura 2020, kami melancarkan koleksi artikel-artikel dalam bentuk sebuah buku, Agenda Rakyat Singapura. Kami juga menjemput setiap parti politik untuk mengulas isu-isu tersebut dan kami menyeneraikan kesemua respon mereka.

Tahun ini, kami mengembangkan Agenda Rakyat untuk meliputi Malaysia. Ini adalah antara kisah-kisah yang paling banyak dibaca mengenai isu-isu di Malaysia.

Adakah anda bersedia untuk mendengarkan suara anda untuk membentuk masa depan Malaysia?

Luahkan fikiran anda. Bentukkan masa depan.

Tidak dapat melihat selidik?