Seniors in Singapore - New Naratif

Pakej Generasi Merdeka: Masanya sudah tiba untuk melangkaui ‘pakej’ sekali beri

Pengenalan Pakej Generasi Merdeka (MGP) beberapa tahun selepas Pakej Generasi Perintis (PGP) mengundang persoalan dari para penganalisis, seperti Dr Jeremy Lim (Straits Times, 21 Feb, “Pakej Perintis, Generasi Merdeka: Generasi ekonomi-gig mungkin memerlukan lebih banyak bantuan”) tentang kecekapan dan keadilan pendekatan yang membezakan antara kohort berbanding pendekatan sama rata dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan.

Selanjutnya, kita dapat menyingkap persoalan yang timbul tentang cara menyalurkan sumber awam untuk memenuhi keperluan dan mengecilkan jurang ketidaksamaan. Tentunya orang ramai akan membayangkan pakej ketiga, keempat atau seterusnya, namun apakah prinsip dasar buat langkah sebegini?

Di sebalik setiap dasar awam, wujud teori tentang bagaimana dunia berfungsi, sama ada teori tersebut dinyatakan secara jelas atau tersirat dalam bentuk dasar tersebut.  Teori  ini seharusnya berlandaskan bukti empirikal—iaitu huraian atau dapatan yang berdasarkan kajian atau pemerhatian.

Tentunya orang ramai akan membayangkan pakej ketiga, keempat atau seterusnya, namun apakah prinsip dasar buat langkah sebegini?

Apabila PGP diperkenalkan pada 2014, teori dasar adalah bahawa terdapat keperluan tidak dipenuhi yang genting dan ketara buat kohort yang lahir sebelum 1950, kerana mereka dilahirkan dan dibesarkan dalam Singapura yang jauh lebih miskin daripada Singapura masa kini.  Sistem yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan, terutama sekali apabila seseorang itu semakin lanjut usia—menerusi perumahan awam, penjagaan kesihatan atau Tabung Simpanan Pekerja—telah berubah sepanjang jangka hayat kelompok ini, lantas mereka tidak diberikan peluang untuk menikmati ganjaran peningkatan ekonomi Singapura yang pesat secara sepenuhnya.

Teori tentang ketidaksamaan yang mendasari PGP adalah bahawa ketidaksamaan antara “Generasi Perintis” dan generasi yang datang kemudian adalah sangat ketara. PGP diperuntukkan sebagai langkah sekali sahaja untuk memperbetulkan sejarah serta mengatasi perbezaan tersebut.

Teori ini tepat, pada satu tahap.  PGP telah membawa perubahan yang penting bukan sahaja bagi mereka yang mendapat faedah secara langsung, tetapi juga bagi anak dan cucu mereka, yang mendapati beban kewangan tertentu telah diringankan melalui sumber awam.

Namun, kemunculan MGP menandakan bahawa teori tersebut juga kurang tepat dalam beberapa aspek yang penting.  MGP, yang dikhususkan untuk satu lagi kohort warga Singapura yang menjangkau umur persaraan, menandakan bahawa masih terdapat keperluan tidak dipenuhi yang berterusan meskipun adanya pendidikan massa, pemilikan rumah yang hampir sejagat dan simpanan wang yang diwajibkan.

Ramai  warga emas dari golongan yang digelar Generasi Merdeka (mereka yang dilahirkan dalam tahun 1950-an dan berusia 60-an sekarang) masih mempunyai keperluan pendapatan dan penjagaan kesihatan yang seharusnya disediakan oleh sumber awam.   Pemerhatian empirikal yang penting ini mengharuskan peralihan dari segi teori: ketidaksamaan dalam memenuhi keperluan tidak hanya mengikut garis usia semata.   Sistem yang sedia ada untuk persaraan sebenarnya tidak dapat memenuhi keperluan semua dengan secukupnya.   Dengan itu, kita memerlukan penyelesaian yang lebih sistematik dan berpanjangan, dan bukan satu lagi pembetulan sekali yang hanya bertumpukan satu kohort usia tertentu.

Dengan adanya bukti, yang diiktiraf pemerintah sendiri melalui pengenalan MGP, penyesuaian mengikut kohort secara berterusan adalah tidak efisyen dan merupakan penyelesaian jangka masa pendek sahaja.

Jurang pendapatan dan harta—termasuk perbezaan simpanan untuk membiayai persaraan dan keperluan penjagaan kesihatan—telah membesar sejak beberapa dekad yang lalu, dan semakin ketara sesama ahli kohort sendiri, bukan antara kohort. Oleh itu, teori yang mengesyorkan pendekatan pembetulan sekali semakin tidak berasas. Lebih banyak pembaikan sistemik diperlukan bagi memastikan keperluan semua dipenuhi, dan sekuriti setiap lapisan masyarakat terjamin.

Kita yang berusia lebih muda sekarang—terutamanya mereka yang mempunyai pekerjaan tidak menentu dan bergaji rendah dengan kemampuan terhad untuk menabung—tidak boleh hidup dalam keadaan tertekan, dan tertanya-tanya jika akan ada juga pakej yang dicap dengan nama kita apabila tiba masanya kelak.

Lebih banyak pembaikan sistemik diperlukan bagi memastikan keperluan semua dipenuhi, dan sekuriti setiap lapisan masyarakat terjamin

Pembangunan ekonomi tidak mengikut garis lurus dan cenderung terhadap peningkatan sahaja. Setiap kohort didedahkan kepada risiko dalam pelbagai bentuk—sama ada disebabkan oleh krisis kewangan sedunia ataupun perubahan teknologi.

Seperti yang turut dinyatakan oleh Dr. Lim, kohort yang tergolong dalam kalangan mereka yang bekerja sekarang terdedah kepada gangguan pekerjaan dan kerjaya dengan cara yang tidak dialami oleh kohort sebelumnya. Apabila tiba masa untuk mereka bersara, mereka juga mungkin memerlukan sokongan tambahan yang melangkaui kebolehan sistem kebajikan kita pada masa kini. Adakah penggubal dasar akan menjalankan beberapa pembetulan sekali, berdasarkan tafsiran sejarah tentang kesan dasar tersebut?  Siapa yang dapat menentukan siapa layak menerima bantuan pemerintah dan siapa tidak?  Pendekatan sebegini boleh dikatakan sangat tidak efisyen dan terlalu sembarangan.

Paling utama, pembetulan mengikut kohort berisiko untuk meruntuhkan etos pembinaan masyarakat menyeluruh, di mana semua orang berhak menjalani kehidupan bermaruah, dan di mana ahli masyarakat memupuk tanggungjawab bersama demi menyokong antara satu sama lain.

Memperkenalkan ganjaran berdasarkan kohort, secara sekali, boleh dikatakan langkah melindungi golongan bersara yang tidak berprinsip, berkesinambungan atau membantu mengeratkan perpaduan. Terdapat peluang sekarang untuk memperkenalkan gagasan prinsip kebajikan yang berteraskan penyediaan keperluan asas serta memperkenalkan kaedah untuk menilai keperluan dan menetapkan tanda aras—dan untuk menjadikan prinsip-prinsip ini tetap dan boleh dijangka—supaya semua kohort warga Singapura pada masa hadapan dapat menghembus nafas lega dan berasa terlindung, meskipun berhadapan risiko tidak menentu. Jika kita benar-benar bersatu, kita tidak seharusnya asyik berasak-asak untuk menentukan siapa yang lebih atau kurang layak untuk diberikan perhatian.

Ucapan Bajet Menteri Heng Swee Keat menekankan peningkatan ketidaktentuan dunia, di mana pekerjaan pada masa hadapan tidak akan mirip pekerjaan pada masa dahulu. Masyarakat kita yang semakin menua juga menandakan bahawa masa depan penduduk kita akan kelihatan berbeza daripada masa lalu dan sekarang.

Keperluan untuk MGP adalah isyarat untuk memikirkan semula teori bahawa sistem yang sedia ada dapat berfungsi secara sepatutnya dan tidak perlu dibaiki dari segi asasnya. Singapura kini mempunyai kedudukan kewangan yang kuat dan dapat mengambil langkah berani bagi menangani cabaran ini supaya kita benar-benar bersedia untuk menempuh masa hadapan.

Teo You Yenn ialah profesor madya dan ketua jabatan sosiologi di Universiti Teknologi Nanyang dan penulis This Is What Inequality Looks Like (Ethos Books, 2018). Artikel ini pertama kali diterbitkan oleh The Straits Times pada 22 Februari 2019. Diterjemahkan oleh: Siti Hazirah Mohamad

Bookmark (0)
ClosePlease login

Related Articles

Media yang Melek Gender: Temuan dari Malaysia, Singapura, dan Brunei


Pendahuluan

Mengingat wilayah Asia Tenggara menaungi berbagai praktik, wadah, maupun batasan-batasan bermedia, tidak mudah untuk menjawab pertanyaan ini. Berdasarkan metodologi yang telah diterapkan di Seri 4, Terbitan 1, kami melakukan wawancara mendalam dan semi-terstruktur untuk menyelidiki tema penting dalam kebebasan bermedia, yakni pengalaman berbasis gender dan kaum marginal, untuk memahami proses pembuatan berita sebagai spektrum pengalaman kerja nyata yang melibatkan pembaca, jurnalis, editor, dan produser. Jika gender menjadi “bingkai utama yang tak disadari untuk memahami orang lain dalam suatu interaksi” (Fisk & Ridgeway, 2018, h. 158), maka amatlah penting untuk mewadahi pengalaman-pengalaman para pembuat berita dengan gender dan seksualitas yang terpinggirkan.

Siapa yang bisa disebut sebagai pembuat berita?

Mengingat wilayah Asia Tenggara menaungi berbagai praktik, wadah, maupun batasan-batasan bermedia, tidak mudah untuk menjawab pertanyaan ini. Berdasarkan metodologi yang telah diterapkan di Seri 4, Terbitan 1, kami melakukan wawancara mendalam dan semi-terstruktur untuk menyelidiki tema penting dalam kebebasan bermedia, yakni pengalaman berbasis gender dan kaum marginal, untuk memahami proses pembuatan berita sebagai spektrum pengalaman kerja nyata yang melibatkan pembaca, jurnalis, editor, dan produser. Jika gender menjadi “bingkai utama yang tak disadari untuk memahami orang lain dalam suatu interaksi” (Fisk & Ridgeway, 2018, h. 158), maka amatlah penting untuk mewadahi pengalaman-pengalaman para pembuat berita dengan gender dan seksualitas yang terpinggirkan.

Members only

Log in or

Join New Naratif as a member to continue reading


We are independent, ad-free and pro-democracy. Our operations are member-funded. Membership starts from just US$5/month! Alternatively, write to [email protected] to request a free sponsored membership. As a member, you are supporting fair payment of freelancers, and a movement for democracy and transnational community building in Southeast Asia.

Bookmark (0)

Close

Please login

Bookmark (0)
ClosePlease login

Awal bertemu ajal di Terengganu dan Kelantan

Semasa British menyerahkan kuasa kepada golongan elit tempatan selepas hampir dua abad bawah penjajahan pada tahun 1957, Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) berada dalam keadaan yang tidak memberangsangkan. Maka tidak mengejutkan yang jangka hayat penduduk di Malaya[1] pada tahun 1960 jauh ketinggalan berbanding penduduk British pada tahun yang sama. Seorang bayi yang lahir di Malaya pada tahun 1960 dijangka hidup sehingga umur 59.48 tahun, menurut data dari Bank Dunia[2] , berbeza dengan di United Kingdom di mana jangka hayat pada tahun yang sama adalah 71.13 tahun.

Pembangunan yang pesat di Malaysia dalam beberapa dekad seterusnya telah berjaya mengecilkan jurang tersebut. Hari ini, seorang bayi yang lahir di bawah bayang deretan bangunan pencakar langit di Malaysia pada tahun 2017 dijangka hidup sehingga umur 72.7 tahun – 22% lebih lama dari datuknya dua generasi sebelum itu, menurut statistik terkini dari Jabatan Statistik Malaysia (DOSM).[3] Sebagai perbandingan, jangka hayat bagi seorang bayi lelaki pada tahun sama di UK ialah 79.5 tahun.[4]

if(“undefined”==typeof window.datawrapper)window.datawrapper={};window.datawrapper[“gmxPP”]={},window.datawrapper[“gmxPP”].embedDeltas={“100″:612,”200″:489,”300″:431,”400″:431,”500″:400,”700″:400,”800″:400,”900″:400,”1000”:400},window.datawrapper[“gmxPP”].iframe=document.getElementById(“datawrapper-chart-gmxPP”),window.datawrapper[“gmxPP”].iframe.style.height=window.datawrapper[“gmxPP”].embedDeltas[Math.min(1e3,Math.max(100*Math.floor(window.datawrapper[“gmxPP”].iframe.offsetWidth/100),100))]+”px”,window.addEventListener(“message”,function(a){if(“undefined”!=typeof a.data[“datawrapper-height”])for(var b in a.data[“datawrapper-height”])if(“gmxPP”==b)window.datawrapper[“gmxPP”].iframe.style.height=a.data[“datawrapper-height”][b]+”px”});

This post is only available to members.

Bookmark (0)
ClosePlease login

Pindaan Perlembagaan Secara Diam-diam Berpotensi Memburukkan Situasi Tiada Kerakyatan di Malaysia

Kabinet Malaysia bercadang untuk membentangkan beberapa pindaan perlembagaan dalam sesi parlimen pada akhir tahun ini. Salah satu daripada pindaan yang dicadangkan akan menjamin hak kerakyatan untuk anak yang dilahirkan di luar negara kepada ibu berwarganegara Malaysia. Namun demikian, lima cadangan pindaan lain berpotensi memburukkan lagi situasi tiada kerakyatan di Malaysia. Apakah yang sedang berlaku? Hak apa yang terlibat dalam pindaan-pindaan tersebut? Apakah yang sedang dipertaruhkan?

Bookmark (0)
ClosePlease login

Bahaya Ketergantungan Filipina Mengeksploitasi Warganya Sendiri

Pemerintah Filipina memulai ekspor buruh sebagai langkah darurat demi mengentaskan kesenjangan sosial, namun mereka kini makin agresif mengekspor warga negaranya sendiri. Migrasi buruh memang menjadi solusi jangka pendek untuk masalah ekonomi bagi para keluarga pekerja migran, serta telah membawa manfaat bagi negara-negara pemberi kerja, elit lokal, dan pemerintah. Namun masalah jangka panjang terus mengintai para pekerja migran, warga Filipina, serta negeri tersebut.

Bookmark (0)
ClosePlease login