Konflik ganas di selatan Thailand telah berlanjutan dari 4 Januari 2004, menandakan 15 tahun pembunuhan dan ledakan bom. 7,000 orang dianggarkan maut manakala hampir 13,500 tercedera, dan undang-undang tentera serta deklarasi darurat diisytiharkan pada 2004 dan sekali lagi pada 2005 sehingga hari ini. Jumlah korban yang begitu besar mungkin memberi gambaran bahawa situasinya tidak dapat diselamatkan, tetapi pilihanraya akan datang pada 24 Mac menyaksikan ramai warga berganding bahu untuk menegakkan keamanan.

Rantau selatan dalam—yang umumnya merujuk kepada tiga provinsi: Pattani, Yala dan Narathiwat—telah ditadbir oleh Thailand semenjak 1785, apabila Kerajaan Siam menakluk Kesultanan Pattani. Berbeza dengan penduduk majoriti beragama Buddha di kawasan lain di Thailand, daerah selatan didiami penduduk Melayu Muslim yang menghadapi kesukaran dalam menegakkan identiti dan status mereka dalam situasi di mana asimilasi budaya “menjadi Thai” giat dijalankan. Keganasan struktural dalam bentuk ketidakseimbangan dalam pembahagian kekayaan juga menyebabkan kadar kemiskinan yang lebih tinggi di daerah tersebut berbanding daerah lain di dalam negara, sekaligus menyemarakkan bara kegeraman.

Members only

Log in or

Join New Naratif as a member to continue reading


We are independent, ad-free and pro-democracy. Our operations are member-funded. Membership starts from just US$5/month! Alternatively, write to sponsorship@newnaratif.com to request a free sponsored membership. As a member, you are supporting fair payment of freelancers, and a movement for democracy and transnational community building in Southeast Asia.

Adriana Manan

Adriana Nordin Manan is a writer, playwright, translator and researcher. She was born, raised, and is based in Kuala Lumpur. With a Masters in Political Economy from New York University, Adriana is passionate about languages, culture and diversity in stories.