28 Isu Paling Penting Yang Dihadapi Singapura

Author: Thum Ping Tjin
Published:

Apakah pendapat sebenar para pembaca kami dari Singapura tentang keadaan di Singapura dan isu paling penting di negara mereka? Di Fasa 1 Agenda Rakyat, kami meminta mereka menjawab soalan berikut:

Pada pendapat anda, apakah isu yang penting di Singapura? Apakah isu yang anda berasa wajar dibicarakan oleh calon dalam meraih undi anda pada pilihanraya yang akan datang?

Seramai 447 orang memberi jawapan. Respons mereka begitu berlainan, bijak dan berkobar-kobar. Jika anda ingin melihat data mentah (tanpa maklumat peribadi), sila ke sini (bahasa inggris).

Pertama, kami membaca kesemua 477 jawapan. Kemudian, kami telah membahagikan setiap jawapan kepada isu induk yang luas (terima kasih sangat kepada intern kami, yang melangsaikan separuh daripada jawapan dan membantu menyemak kerja saya!). Di sini adalah penjelasan ke atas kesemua 28 isu beserta contoh jawapan (bahasa inggris). Sila baca respons di bawah – kemudian sila memberi jawapan anda di Fasa 2 dan beritahu kami apakah lima isu dari senarai di bawah yang anda anggap paling penting di Singapura! Juga terdapat dalam Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil.

Rumusan 28 Isu

Bagi memudahkan urusan di Fasa 2, kami merumuskan setiap isu dengan kurang daripada 280 huruf. (Ini tersangatlah sukar!). Senarai isu adalah seperti di bawah, dalam turutan alfabet.

  • Agama: Apakah peranan agama dalam masyarakat kita? Haruskah kita membenarkan pelepasan atas dasar agama daripada hukuman, atau mahkamah alternatif bagi agama tertentu?  Bagaimana kita boleh membanteras fahaman pelampau dan ekstremis agama?
  • Alam Sekitar: Bagaimana kita dapat menangani krisis klima yang mendatang? Bagaimana menyahkarbon? Bagaimana kita dapat mengakhiri peranan kita dalam industri minyak dan gas? Apakah langkah memenuhi matlamat Paris? Mengapa kita melakukan begitu banyak penambakan? Bagaimana meningkatkan keupayaan untuk mengitar semula?
  • Bahasa: Mengapa tidak semua daripada kita mempelajari dan bertutur dalam Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu)? Mengapa Bahasa Mandarin hanya untuk kaum Cina, Bahasa Melayu untuk kaum Melayu, dsb? Apakah masa depan Bahasa Cina/Melayu/Tamil di Singapura? Perlukah kita semua dipaksa untuk bertutur bahasa yang sama?
  • CPF, Insurans, Kebajikan: CPF sebenarnya simpanan rakyat, atau cukai kerajaan? Apakah prinsip yang perlu memandu operasi CPF? Bagaimana pula dengan perubahan struktur kerja yang semakin ketara? Insurans untuk penganggur?
  • Cukai: Apakah prinsip yang perlu dipegang dalam mengenakan cukai kepada warga Singapura? Mengapakah sistem percukaian Singapura begitu regresif? Mengapa tiada cukai keuntungan modal? Mungkinkah kita boleh memperkenalkan pendapatan universal sebagai cukai terbalik?
  • Dadah/Bahan Yang Menagihkan: Apakah prinsip yang perlu menunjangi dasar dadah kita? Bolehkah kita membentuk dasar dadah yang lebih berperikemanusiaan dan berkesan? Keseragaman: mengapakah bahan cannabis dan ‘vape’ diharamkan tetapi opiate, nikotin dan alkohol (yang lebih membinasakan) tidak?
  • Dasar Luar Negara: Bagaimana kita boleh memastikan Singapura bersedia untuk menghadapi hal ehwal dunia hari ini? Bolehkah kita melihat pendirian yang jelas berhubung isu yang dibangkitkan di PBB? Apakah peranan kita di Asia Tenggara? Bagaimana kita boleh menjalinkan perhubungan yang membina dengan negara-negara jiran?
  • Demografi: Apakah cara terbaik untuk menyesuaikan negara dengan populasi yang semakin menua dan kadar kelahiran yang semakin menurun? Apakah populasi rakyat yang paling berpatutan, dan mengapa? Perlukah kerajaan melakukan intervensi dalam masyarakat?
  • Diskriminasi: Bagaimana kita boleh menghapuskan diskriminasi bersistematik dan harian di Singapura? Apakah langkah melindungi hak semua golongan minoriti (kelompok sosioekonomi, kaum, gender, LGBTQ, agama, bahasa, dsb)? Adakah CMIO dan bentuk diskiminasi rasmi yang lain mengeruhkan keadaan?
  • Ekonomi dan Pekerjaan: Bagaimana kita perlu membangunkan ekonomi Singapura untuk menghadapi cabaran hari ini dan masa depan? Bagaimana kita boleh membina ekonomi Singapura dengan adil? Apakah cara mengurangkan kebergantungan ekonomi kepada kerajaan? Mungkinkah kita boleh memperkenalkan gaji minima?
  • Hak Asasi Manusia dan Kebebasan Sivil: Apakah langkah melindungi hak asasi manusia dan kebebasan sivil? Di manakah garis pemisah antara kebebasan bersuara dan penapisan? Mengapa kita masih memerlukan hukuman mati? Bolehkah penjara menjadi pusat pemuliharaan?
  • Hak Pekerja dan Perubahan Struktur Kerja: Bagaimana kita boleh mencegah pekerja, tempatan serta asing, daipada dieksploitasi/didera? Bolehkah pekerja membentuk kesatuan bebas? Bagaimana pekerja bebas ‘freelance’ dapat melindungi hak mereka?
  • Imigresen dan Pelarian: Apakah dasar imigresen adil yang mengimbangkan keperluan warganegara Singapura dengan peluang memberi peluang kepada warga asing? Bagaimana untuk mengakhiri penindasan terhadap warga asing? Mengapa kita enggan menerima pelarian? Apakah bilangan populasi yang sesuai untuk negara kita?
  • Infrastruktur dan Pengangkutan: Bagaimana kita harus memperbaiki sistem pengangkutan, utiliti dan kemudahan awam yang lain (contohnya perpustakaan)? Apakah masa depan pengangkutan di SG, khususnya berhubung pemilikan kereta, pengangkutan awam dan kenderaan elektrik?
  • Kepemimpinan dan Politik: Bagaimana untuk mencari/memilih pemimpin yang bagus? Apakah corak kepemimpinan yang diperlukan di Singapura? Bagaimana kita boleh menikmati kepemimpinan yang bagus apabila PAP secara terang-terang menyerang orang berkebolehan yang menyuarakan ketidaksetujuan? Bagaimana untuk memperolah kepelbagaian suara dalam proses penggubalan dasar?
  • Keselamatan: Apakah langkah yang harus diambil tentang penularan keganasan di rantau ini?
  • Kesihatan: Bagaimana untuk memastikan perkhidmatan penjagaan kesihatan mampu milik untuk semua? Bagaimana pula dengan isu yang tidak diliputi/dirawat dengan sewajarnya, contohnya kesihatan mental? Bolehkah kita melihat ketelusan yang lebih tinggi dalam sektor kesihatan? Bagaimana kita boleh memastikan kehidupan yang lebih selesa untuk warga emas?
  • Ketelusan dan Kebertanggungjawapan: Apakah langkah yang akan diambil oleh anda untuk meningkatkan ketelusan dan kebertanggungjawapan daripada wakil rakyat/kakitangan kerajaan, dan berikhtiar membanteras rasuah dan salahguna kuasa? Bagaimana kita boleh meningkatkan pemantauan bebas ke atas pihak berkuasa dan perbelanjaan?
  • Ketidaksamaan: Bagaimana kita dapat mengakhiri diskriminasi bersistematik dan berstruktur yang telah membawa kepada ketidaksamaan yang semakin meningkat? Bagaima kita boleh membina masyarakat adil yang memberi peluang kepada semua – Gaji minima? Kebajikan sosial? Perkhidmatan kesihatan/pendapatan universal?
  • Khidmat Negara: Bagaimana kita harus mempertimbangkan pengolahan NS memandangkan perubahan dalam masyarakat, teknologi, keperluan keselamtan? NS untuk wanita? Alternatif kepada NS untuk mereka yang enggan/tidak berupaya melaksanakan perkhidmatan tentera – atlit, warganegara baharu, pembantah atas dasar agama/suara hati?
  • Kos Sara Hidup & Kemiskinan: Apakah langkah yang perlu diambil untuk menangani kenaikan kos sara hidup yang kian meningkat? Bagaimana kemiskinan dan isu gelandangan boleh dibasmi? Mengapa sewa/kos perumahan terlalu tinggi? Mengapa di negara kita yang sangat kaya, masih terdapat ramai rakyat yang hidup dalam kemiskinan?
  • Masa Depan Singapura dan Identiti Singapura: Apakah visi anda untuk masyarakat Singapura, dan bagaimana anda membayangkan visi ini akan dicapai? Apakah yang seharusnya dianggap identiti/nilai Singapura? Adakah IkrarNegara satu komitmen atau sekadar aspirasi?
  • Masyarakat: Bagaimana cara untuk meningkatkan mutu kehidupan untuk semua? Mengapa masyarakat Singapura sangat tertekan? Bagaimana cara untuk kita membentuk masyarakat yang memartabatkan setiap individu? Apakah nilai-nilai yang kita harus pertahankan bersama-sama? Apakah ruang dan had intervensi kerajaan dalam masyarakat?
  • Pendidikan: Bagaimana kita mendidik masyarakat untuk bersedia menghadapi dunia yang kian berubah? Bagaimana kita memenuhi keperluan pendidikan mereka yang tidak mempunyai ruang dalam sistem sedia ada? Bagaimana pendidikan patut dibiayai? Bagaimana kita boleh menghapuskan diskriminasi bersistematik dalam sistem pendidikan?
  • Perumahan/HDB: Apakah prinsip yang patut memandu perumahan awam/sosial kita? Bagaimana anda berhasrat untuk menghadapi krisis mendatang berhubung pajakan 99 tahun di HDB? Bagaimana anda berhasrat membawa reformasi kepada sistem perumahan supaya rumah mampu milik dapat ditawarkan kepada semua? Kita sebenarnya “pemilik” atau “penyewa” HDB?
  • Politik Yang Membinasakan: Mengapa kerajaan PAP begitu menentang kritikan yang jujur? Bagaimana masyarakat boleh mengadakan perbincangan/tindakan yang jujur dan membina, apabila PAP menapis/mengharamkan segala benda yang tidak dipersetujui? Mengapa mereka melayan kita seperti kanak-kanak?
  • Reformasi Pengundi dan Parlimen: Apakah umur mengundi yang wajar? Bagaimana kita boleh menjadikan pilihanraya lebih adil dan mencerminkan suara rakyat? Apakah langkah reformasi Parlimen supaya mewakili rakyat dengan lebih baik dan mengukuhkan peranan sekatan dan imbangan (contohnya dengan perwakilan menurut proporsi, Dewan Atas)?
  • Teknologi, AI dan Revolusi Industri Keempat: Bagaimana cara untuk menggunakan teknologi baharu bagi meningkatkan mutu kehidupan untuk semua sambil melindungi privasi dan mencegah teknologi daripada disalahgunakan, khususnya oleh kerajaan dan syarikat global?

Isu-Isu Yang Tidak Dibangkitkan

Satu pemerhatian yang menarik ialah peserta tidak menghiraukan banyak isu yang telah dikenalpasti oleh kerajaan PAP hari ini sebagai isu penting:

  • Tiada sesiapa membangkitkan perbezaan kaum dan agama. Sebaliknya, kaum dan agama dibicarakan dalam erti kata mengurangkan diskriminasi, meningkatkan kesefahaman, dan membolehkan pertukaran yang jujur dan saling menghormati. Di sisi berlawanan, strategi PAP yang menekankan perbezaan dan menghalang sebarang perbahasan dikenalpasti sebagai halangan kepada toleransi agama dan kaum. Keterlampauan agama dianggap isu sepunya yang dihadapi semua agama, bukan hanya agama tertentu.
  • Tiada sesiapa menyatakan bahawa penipuan sengaja dalam talian (“berita palsu”) menjadi masalah, kecuali apabila disebarkan oleh kerajaan. Sebaliknya, apabila undang-undang untuk menentang berita palsu (POFMA) disebut, undang-undang tersebut lazimnya dikenalpasti sebagai contoh taktik menapis dan tindakan melampaui mandat oleh kerajaan PAP.
  • Tiada sesiapa membangkitkan isu pembiayaan atau campur tangan oleh pihak asing dalam politik negara.
  •  Hanya seorang peserta membangkitkan isu keselamatan. Ini ialah jawapan penuh: “Peningkatan keganasan di sekitar rantau.” Tiada penjelasan lanjut yang diberi.
  • Tiada sesiapa membangkitkan isu jenayah, kecuali dalam konteks hukuman berkaitan penggunaan dadah, yang dianggap tidak adil dan tidak berperikemanusiaan.

Pecahan Menurut Bilangan

Jawapan terpanjang: 1,497 perkataan. Lebih kurang sama panjang dengan artikel kewartawanan di New Naratif! Jawapan tersebut meliputi pelbagai isu, dari penjagaan kesihatan ke gaji Menteri, selain diskriminasi, ketetapan minda barisan elit politik dan juga CPF. Amnya, banyak jawapan yang diterima adalah sangat panjang, merangkumi pelbagai isu yang bermain di benak fikiran peserta.

Jawapan terpanjang tentang satu isu: 167 perkataan, berkaitan topik peningkatan penggunaan teknologi oleh kerajaan untuk menjalankan pengawasan massa, penapisan dan kawalan. Khusunya, peserta ini bimbang terhadap penggunaan berleluasa teknologi AI tanpa sebarang sekatan (contoh: pengecaman muka dari tiang lampu bijak, rekod digital) untuk mencerobohi kehidupan peribadi warganegara. Beliau merujuk khususnya kepada artikel kami tentang keperibadian data sebagai contoh baik kewartawanan yang diperlukan, dan menggesa perbahasan yang terbuka dan jujur berkenaan isu ini.

Jawapan terpendek: “pekerjaan”. Dua peserta menghantar jawapan yang hanya mengandungi satu perkataan! Mereka tidak bersendirian—beberapa peserta menghantar jawapan yang mengandungi perkataan “pekerjaan” atau “kestabilan pekerjaan,” sebagai sebahagian daripada senarai isu yang lebih panjang.

Individu yang paling kerap disebut dalam jawapan: Bukan ahli politik, tetapi Ho Ching, CEO Temasek Holdings. Peserta tidak berpuas hati dengan konflik kepentingan yang sangat ketara apabila CEO dana kekayaan negara juga merupakan pasangan hidup Perdana Menteri (dan amnya, tentang isu nepotisme/kronisme); tentang kekurangan kebertanggungjawapan berhubung pelantikannya atau sebarang layanan berat sebelah dalam bidang politik; dan kekurangan ketelusan, di mana gaji dan faedah pekerjaan yang diperolehinya tidak diumumkan.

Kami tidak akan mengumumkan respons yang paling popular, kerana kami tidak ingin mempengaruhi jawapan anda di Fasa 2, tetapi di bawah ialah awan perkataan (dengan perkataan berbentuk jamak dikelompokkan bawah perkataan berbentuk mufrad).

Citizens' Agenda Word Art - New Naratif

Akhir sekali, pecahan mengikut bahasa:

  • Bahasa Inggeris: 441 respons daripada 835 pengunjung unik, menjadikan kadar pelengkapan 52.8%. Tempoh purata untuk melengkapkan: 5 minit, 48 saat.
  • Bahasa Cina: 5 respons daripada 31 pengunjung unik, menjadikan kadar pelengkapan 16.1%. Tempoh purata untuk melengkapkan: 9 minit, 38 saat.
  • Bahasa Melayu: 1 respons daripada 5 pengunjung unik, menjadikan kadar pelengkapan 20%. Tempoh purata untuk melengkapkan: 5 minit, 41 saat.
  • Bahasa Tamil: 0 respons. Menariknya, seorang peserta memberitahu saya yang dia menghargai usaha untuk memenuhi keperluan penulis Bahasa Tamil, tetapi kerana peserta tersebut tidak mempunyai perisian Bahasa Tamil dalam komputer, dia memilih untuk menjawab dalam Bahasa Inggeris!

Kini setelah mengetahui pecahan respons, sila hantarkan jawapan anda di Fasa 2 dan beritahu kami apakah lima isu paling penting yang dihadapi Singapura! Juga terdapat dalam Bahasa Cina, Tamil dan Inggeris.

Thum Ping Tjin

Thum Ping Tjin (“PJ”) is Managing Director of New Naratif and founding director of Project Southeast Asia, an interdisciplinary research centre on Southeast Asia at the University of Oxford. A Rhodes Scholar, Commonwealth Scholar, Olympic athlete, and the only Singaporean to swim the English Channel, his work centres on Southeast Asian governance and politics. His most recent work is Living with Myths in Singapore (Ethos: 2017, co-edited with Loh Kah Seng and Jack Chia). He is creator of “The History of Singapore” podcast, available on iTunes. Reach him at pingtjin.thum@newnaratif.com.

Now that you're here, we have a favour to ask...

Join our movement for a better Southeast Asia

New Naratif is a movement for democracy, freedom of information, and freedom of speech in Southeast Asia (see our manifesto). Our articles report on issues that are often overlooked or suppressed by the mainstream media in Southeast Asia. We are rely on our members for their support. Every cent of your membership fee goes to supporting our research, journalism, and community organisation activities. Your support enables us to be editorially independent and to conduct hard hitting independent research and journalism. It allows us to give a voice to the powerless and to hold the powerful accountable. Our members are active participants in our movement, helping us to create content and informing us about important issues, which shapes our coverage and content. Join our movement and let us, together, build a better Southeast Asia. Please subscribe to New Naratif—it’s just US$52/year (US$1/week) or US$5/month—and it only takes a minute. If you’d like to learn more, and read more articles, please start here! Thank you!